Thursday, May 27, 2010

BAB (6) : MIMPI BERTEMU NABI IBRAHIM ALAIHI SALAM

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.

SELEPAS DAKU BERTEMU SULTAN ARIF BILLAH

Dengan kehendak dari Allah kepada diriku yang sayugia aku kenali yang teramat banyak salah dan dosanya ini sekali lagi diriku dihadapkan dengan suatu peristiwa mimpi yang tidak mungkin akan dapat dilupakan sepanjang hayat apabila diriku itu diwa bertemu dan mengadap baginda nabi Ibrahim a.s di suatu tempat yang amat jauh dan terasing.

Seolah olah diriku bertemankan seseorang diri di sebelah kiriku terbang tinggi dilangit biru, menuju ke suatu arah yang diriku itu tidak pasti. Kemana perginya kami,tiada terfikir untuk siapa dan tiada terfikir pun sebelum tidur untuk bertemu dengan sesiapa. Tetapi siang kelmarin diriku ini telah bertemu dengan sulthan auliya , sulthan arif billah di suatu tempat secara jaga. Beliau telah mengajarkan diriku ini suatu jalan mengenal diri pada mula ingin berjalan dan memohon keampunan kepada Allah swt. Jalan berbaiah para salik yang mengundurkan diri dari ingin jatuh hati kepada dunia dan isinya. Walaupun mungkin tidak dapat sekaligus, bahkan diriku dapat mula memisahkan diri dari kesibukan hidup dunia yang penuh pancaroba.

Sehingga aku sampai disuatu tempat yang tidak pernah aku kenal sampai saat ini. Diriku itu berdiri bersama diri yang seorang lagi berhadap seseorang yang memakai jubah kekuning kuningan, bukan kuning mungkin putih kekuningan pun juga bukan, mungkin berwarna coklat cerah kekuningan. Orang yang tingginya lebih sekaki lagi pada pandanganku itu lalu perlahan lahan membongkokkan dirinya. Beliau berserban kemas dan berwibawa kelihatannya. Masih lagi aku terpinga pinga tidak mengenalinya sehingga akhirnya diriku itu diberitahu bahawa itulah Nabi Ibrahim A.salam.

Aku melihat diriku itu menghulurkan salam kepadanya dengan kedua belah tanganku, begitu juga dirinya menghulurkan kedua belah tangannya kepadaku dan memandangku dengan manis muka mudah mudahan. Tidak dapat diriku inimengecam wajahnya akibat terlalu kotornya hati ini. Hanya baru beberapa hari diriku ini menerima jalan menyucikan diri , membawa diri bersuluk dan bermujahadah melaw3an segala keinginan hawa nafsu sehinggalah terbuka apa apa yang disebut pembukaan pertama buat diri yang penuh dosa.

Perjalananku masih teramat jauh untuk mendaki langit ke tujuh yang penuh dengan rasa yang berbagai macam rasa sehingga hampir berkali aku kecewa ingin lari meninggalkan guru. Mujurlah aku ini dipelihara batinku oleh hubungan kerohanian guru yang sentiasa menyampaikan berita dan pesanan pada setiap kali aku tersalah dan terkhilaf, hanya ituy yang membantu diriku ini dari kejauhan yang sangat jauh. Semuga Allah merahmati pemergiannya. Diriku berkali kali mencuba menuliskan mimpi bertemu dengan embah Ibrahim a.s ini semasa guruku masih ada tetapi ternyata gagal, rupa rupanya baginda telah banyak kali meninggalkan pesan yang tidak disangka bahawa baginda akan kembali ke sisi kekasih yang amat dirinduinya, barulah diriku ini dapat menyambung tulisan ini. Inilah kisah pertemuan yang membawa rasa bangkit dari tidur untuk terus berjuang melawan hawa nafsu syaitan yang mendinding dan menghijab diri dari musyahadah kebesaran ilahi selama ini.

Ya Allah ya tuhanku, aku ini menggunakan kalimat guru ketika baginda menyampaikannya kepadaku, " Terpulang kepada kamu wahai anakku, bahawa aku tidak menyuruh atau menggalakkan sekali aku tidak akan melarang apa yang bai kau fikirkan lalu kau lemparkan" Wamaa ramaita iz ramaita walaakinnallaha rama."

Wednesday, April 28, 2010

BAB (5) : MIMPI MELIHAT HARI QIAMAT ( HARI KEBANGKITAN SEMULA )

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.


MIMPI MELIHAT HARI KIAMAT.

Tiba tiba seolah olah diriku terjaga dari lamunan. Diriku berada di angkasa raya melihat dunia nyata bumi ini dengan bentuk dan warna seperti yang kita kenali itu. Lahir dari permukaan bumisebuah kalimat dalam bentuk tulisan rumi yang diriku fahami "KIAMAT". Diriku dapat merasakan gementarnya seluruh perasaan ketakutan dan bimbang menanti perkara yang akan berlaku seterusnya. Pada masa itu diriku tidak memahami apakah arti sebenar yang dimaksudkan dengan kalimat kiamat. Kiamat bukanlah hari kehancuran total seperti sangkaan sebahagian kita, tetapi kiamat adalah hari kebangkitan buat kali kedua untuk dihadapkan sekalian manusia di hadapan Allah Maaliki Yaumiddin, Raja pada hari kiamat untuk menyempurnakan hari hisab.

Dalam sekelip mata memandang daku melihat diriku di samping dua orang yang bertubuh badan besar dan tinggi berwarna hitam gelap, memipin kedua dua belah tanganku ke suatu arah yang tiada tujuan arahnya. Daku dapat mengenali dan melihat diriku dipimpin berjalan bersama dan beriringan dengan dua orang malaikat yang menakutkan, entah dari mana mereka itu yang tiba tiba muncul dan menggenggam kedua belah pergelangan tangan diriku.

MELIHAT PADANG MAHSYAR.

Ketika diriku dipimpin berjalan menuju ke suatu arah yang tidakku ketahui, diriku melihat sedang berada di atas sebuah padang yang putih bersih lapang selapangnya, luas seluasnya. Diriku terdetik kata di dalam hati," Inikah namanya padang mahsyar" satu tempat yang dikenal melalui al quran sebagai padang tempat dikumpulkan segala manusia yang pernah hidup ketika di dunia dulunya. Semenjak dari manusia pertama diciptakan sehinggalah manusia terakhir yang telah dimatikan.Dengan berbagai macam cara manusia dihimpunkan jika menurut perkhabaran ghaib dari hadis nabi saw. Ada yang diarak , ada yang dihalau dan dikerasi dan ada yang dibawa seperti diriku terkawal seolah olah mereka khuatir diri ini melarikan diri. Hina dan rendahnya diri terhukum seperti itu sebelum lagi dihisab segala amalan kebaikan dan kejahatan diri selama ini.

Berjalan dan terus berjalan tanpa henti, tiada sedikit pun diriku menoleh ke arah kanan dan ke arah kiri. Pandangan diriku tertumpu ke hadapan melihat dan menanti apa yang akan diperlihatkan di hadapan nun jauh di sana. Mata tidak berkedip kedip barang sekali ternanti nanti arah tuju dan ternanti nantikan sesuatu yang akan muncul jauh di hadapan pandangan terakhir di sana.

DIPERLIHATKAN MIZAANUL KUBRA.

Tiba tiba dari kejauhan pandangan diriku itu, daku melihat suatu bayangan yang besar dan menggentarkan perasaan. Seolah olah melihat sebuah bukit atau gunung yang sayup jauh di kaki langit gelap menghijau dan samar samar sekali. Tetapi warna yang diriku pandang bukanlah warna kehijauan itu bahkan ia adalah seperti warna bergemerlapan kaca yang bersinar sinar bagaikan banguna besar seperti kristal. Melihatkan sahaja kepada sinar gemerlapannya serta besar dan kukuh pada pandangan mata diriku, sudah membuatkan diri tertanya tanya, "Apa itu..apakah itu". Tidak semena mena terdengar jawaban dari suatu suara dari arah kiri diriku, " Itulah mizanul kubra, untuk menimbang segala amal kebaikan dan kejahatan manusia." Anehnya, dari semula diriku ini dipimpin kedua belah pergelangan tanganku dan digirng menuju ke mizanul kubra, tidak kelihatan walau seorang pun manusia ramai yang dikatakan akan dihimpunkan seluruhnya di sana. Diriku hanya diriku, tiada sesiapa yang lain waktu itu. Mungkin itulah gambaran walhal kiamat atau hari kebangkitan semula belum terjadi. Diriku ditunjukkan keadaan sebenar apa yang akan berlaku pada hari yaumil mahsyar nanti. Ya allah semuga dijauhkan dari azab itu kepada seluruh warga muslimin yang benar benar takut kepadaMu.

Daku dapat menyaksikan dengan jelas, bahawa gambaran mizan itu bagaikan sebuah dacing alat penimbang besar yang akan menimbang segala macam jenis manusia yang beriman. Samada amal kebaikannya atau amal kejahatannya nanti yang akan menunjukkan kedudukan diri diri yang mengadap mahkamah agung tuhan. Sungguh siksanya menantikan giliran dirinya untuk ditimbang. Dengan bilangan manusia seramai itu. Adakah diriku ini nanti akan terselamat dengan selesainya urusan timbang amalku sendiri. Suasana yang amat menggerunka hati, apabila terpandang sahaja mizan kubra berdebar debar jantung ini. Warnanya yang mengkilat dan mengkilau dan keadaannya yang amat besar benar benar memukau pandangan yang memandang.

DAKU MELIHAT DIRIKU DITIMBANG.

Selepas daku melihat dari atas sampai ke bawah dari kanan sampai ke kiri bagai sebuah bangunan yang amat besar itu, lalu aku melihat diriku diangkat dan ditaruhkan ke dalam salah satu piring penimbangnya yang berada di sebelah kiri pada pandanganku. Sungguh aku merasakan ketakutan yang amat sangat menanti kedudukan alat penimbang mizan al kubra itu bergerak. Adakah ke arah kanan amal baik atau ke arah kiri amal yang tidak baik. Adakah amal jahatku lebih banyak dari amal baik diriku. Seperti orang menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh hakim samada jatuh hukuman atau dibebaskan.

Nauzubillah, tiba tiba alat penimbang amalan manusia yakni diriku itu memberat ke arah sebelah kiri yang menandakan amalan jahatku lebih banyak dan lebih besar dari kebaikan yang pernahku lakukan semasa hidupku di dunia. Diriku terjatuh ke bawah bersama piring penimbang menandakan aku adalah manusia paling banyak dosa yang tidak terampun, tiada sesiapa pun yang menolongku dan tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menolong kecuali aku mendapat syafaat..tetapi di mana syafaat..di mana syafaat. Sedangkan aku tidak mengingat Rasulullah saw dengan melakukan amalan sunnah sunnahnya..

MELIHAT LUBANG PINTU NURAKA, NERAKA JAHANNAM .

Tidak berapa lama kemudian, aku terdengar suatu suara melaung dengan laungan yang keras dan mengejutkan seluruh tubuh darah dan dagingku, " Tempatmu di dalam nuraka !!!! Di Dalam Nuraka!!!" Aku terpinga pinga dengan suara itu lalu menjerit jerit aku minta diampunkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama itu. Tiada siapa yang mendengarkannya. Kedua dua orang malaikat itu segera menangkap diriku yang masih berada di dalam piring timbang amalan itu lalu terus dilontarkannya ke suatu arah. Sewaktu aku melayang diudara menantikan jatuh aku terpandang sebuah lubang gelap seperti gaung dalam yang teramat dalam. Lontaran oleh kedua para malaikat zabaniah itu  tepat melepasi dan melorongkan aku jatuh ke dalam lubang gelap yang teramat gelap. Aku masih terjerit jerit dari tadinya meminta tolong dengan sekuat hati, " Tolongggggg....tolongggggg....tolonggggg....tolong akuuuuu...." sambil kedua belah tanganku terkapai kapai di udara kosong yang gelap sementara menantikan diriku terjatuh di atas sesuatu. Tetapi stelah sekian lama diriku terjatuh aku masih juga terawang awang seperti jatuh dan sememangnya sedang jatuh, tapi tidak juga mencecah tanah. Sungguh terlalu dalam lubang nuraka..terlau dalam dan menyiksakan. Sehingga akhirnya diriku terjaga dari tidur yang paling menyiksakan di dalam sejarah diriku tidur selama belasan tahun.

Mimpi ini berlaku sewaktu diriku berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun yang lalu. Benar sabda Nabi Muhammad SAW, jika sekiranya sebiji batu dilontarkan ke dalam lubang nuraka nescaya ia akan jatuh ke dasarnya nanti selepas tujuh puluh tahun kemudiannya.