Wednesday, April 28, 2010

BAB (5) : MIMPI MELIHAT HARI QIAMAT ( HARI KEBANGKITAN SEMULA )

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.


MIMPI MELIHAT HARI KIAMAT.

Tiba tiba seolah olah diriku terjaga dari lamunan. Diriku berada di angkasa raya melihat dunia nyata bumi ini dengan bentuk dan warna seperti yang kita kenali itu. Lahir dari permukaan bumisebuah kalimat dalam bentuk tulisan rumi yang diriku fahami "KIAMAT". Diriku dapat merasakan gementarnya seluruh perasaan ketakutan dan bimbang menanti perkara yang akan berlaku seterusnya. Pada masa itu diriku tidak memahami apakah arti sebenar yang dimaksudkan dengan kalimat kiamat. Kiamat bukanlah hari kehancuran total seperti sangkaan sebahagian kita, tetapi kiamat adalah hari kebangkitan buat kali kedua untuk dihadapkan sekalian manusia di hadapan Allah Maaliki Yaumiddin, Raja pada hari kiamat untuk menyempurnakan hari hisab.

Dalam sekelip mata memandang daku melihat diriku di samping dua orang yang bertubuh badan besar dan tinggi berwarna hitam gelap, memipin kedua dua belah tanganku ke suatu arah yang tiada tujuan arahnya. Daku dapat mengenali dan melihat diriku dipimpin berjalan bersama dan beriringan dengan dua orang malaikat yang menakutkan, entah dari mana mereka itu yang tiba tiba muncul dan menggenggam kedua belah pergelangan tangan diriku.

MELIHAT PADANG MAHSYAR.

Ketika diriku dipimpin berjalan menuju ke suatu arah yang tidakku ketahui, diriku melihat sedang berada di atas sebuah padang yang putih bersih lapang selapangnya, luas seluasnya. Diriku terdetik kata di dalam hati," Inikah namanya padang mahsyar" satu tempat yang dikenal melalui al quran sebagai padang tempat dikumpulkan segala manusia yang pernah hidup ketika di dunia dulunya. Semenjak dari manusia pertama diciptakan sehinggalah manusia terakhir yang telah dimatikan.Dengan berbagai macam cara manusia dihimpunkan jika menurut perkhabaran ghaib dari hadis nabi saw. Ada yang diarak , ada yang dihalau dan dikerasi dan ada yang dibawa seperti diriku terkawal seolah olah mereka khuatir diri ini melarikan diri. Hina dan rendahnya diri terhukum seperti itu sebelum lagi dihisab segala amalan kebaikan dan kejahatan diri selama ini.

Berjalan dan terus berjalan tanpa henti, tiada sedikit pun diriku menoleh ke arah kanan dan ke arah kiri. Pandangan diriku tertumpu ke hadapan melihat dan menanti apa yang akan diperlihatkan di hadapan nun jauh di sana. Mata tidak berkedip kedip barang sekali ternanti nanti arah tuju dan ternanti nantikan sesuatu yang akan muncul jauh di hadapan pandangan terakhir di sana.

DIPERLIHATKAN MIZAANUL KUBRA.

Tiba tiba dari kejauhan pandangan diriku itu, daku melihat suatu bayangan yang besar dan menggentarkan perasaan. Seolah olah melihat sebuah bukit atau gunung yang sayup jauh di kaki langit gelap menghijau dan samar samar sekali. Tetapi warna yang diriku pandang bukanlah warna kehijauan itu bahkan ia adalah seperti warna bergemerlapan kaca yang bersinar sinar bagaikan banguna besar seperti kristal. Melihatkan sahaja kepada sinar gemerlapannya serta besar dan kukuh pada pandangan mata diriku, sudah membuatkan diri tertanya tanya, "Apa itu..apakah itu". Tidak semena mena terdengar jawaban dari suatu suara dari arah kiri diriku, " Itulah mizanul kubra, untuk menimbang segala amal kebaikan dan kejahatan manusia." Anehnya, dari semula diriku ini dipimpin kedua belah pergelangan tanganku dan digirng menuju ke mizanul kubra, tidak kelihatan walau seorang pun manusia ramai yang dikatakan akan dihimpunkan seluruhnya di sana. Diriku hanya diriku, tiada sesiapa yang lain waktu itu. Mungkin itulah gambaran walhal kiamat atau hari kebangkitan semula belum terjadi. Diriku ditunjukkan keadaan sebenar apa yang akan berlaku pada hari yaumil mahsyar nanti. Ya allah semuga dijauhkan dari azab itu kepada seluruh warga muslimin yang benar benar takut kepadaMu.

Daku dapat menyaksikan dengan jelas, bahawa gambaran mizan itu bagaikan sebuah dacing alat penimbang besar yang akan menimbang segala macam jenis manusia yang beriman. Samada amal kebaikannya atau amal kejahatannya nanti yang akan menunjukkan kedudukan diri diri yang mengadap mahkamah agung tuhan. Sungguh siksanya menantikan giliran dirinya untuk ditimbang. Dengan bilangan manusia seramai itu. Adakah diriku ini nanti akan terselamat dengan selesainya urusan timbang amalku sendiri. Suasana yang amat menggerunka hati, apabila terpandang sahaja mizan kubra berdebar debar jantung ini. Warnanya yang mengkilat dan mengkilau dan keadaannya yang amat besar benar benar memukau pandangan yang memandang.

DAKU MELIHAT DIRIKU DITIMBANG.

Selepas daku melihat dari atas sampai ke bawah dari kanan sampai ke kiri bagai sebuah bangunan yang amat besar itu, lalu aku melihat diriku diangkat dan ditaruhkan ke dalam salah satu piring penimbangnya yang berada di sebelah kiri pada pandanganku. Sungguh aku merasakan ketakutan yang amat sangat menanti kedudukan alat penimbang mizan al kubra itu bergerak. Adakah ke arah kanan amal baik atau ke arah kiri amal yang tidak baik. Adakah amal jahatku lebih banyak dari amal baik diriku. Seperti orang menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh hakim samada jatuh hukuman atau dibebaskan.

Nauzubillah, tiba tiba alat penimbang amalan manusia yakni diriku itu memberat ke arah sebelah kiri yang menandakan amalan jahatku lebih banyak dan lebih besar dari kebaikan yang pernahku lakukan semasa hidupku di dunia. Diriku terjatuh ke bawah bersama piring penimbang menandakan aku adalah manusia paling banyak dosa yang tidak terampun, tiada sesiapa pun yang menolongku dan tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menolong kecuali aku mendapat syafaat..tetapi di mana syafaat..di mana syafaat. Sedangkan aku tidak mengingat Rasulullah saw dengan melakukan amalan sunnah sunnahnya..

MELIHAT LUBANG PINTU NURAKA, NERAKA JAHANNAM .

Tidak berapa lama kemudian, aku terdengar suatu suara melaung dengan laungan yang keras dan mengejutkan seluruh tubuh darah dan dagingku, " Tempatmu di dalam nuraka !!!! Di Dalam Nuraka!!!" Aku terpinga pinga dengan suara itu lalu menjerit jerit aku minta diampunkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama itu. Tiada siapa yang mendengarkannya. Kedua dua orang malaikat itu segera menangkap diriku yang masih berada di dalam piring timbang amalan itu lalu terus dilontarkannya ke suatu arah. Sewaktu aku melayang diudara menantikan jatuh aku terpandang sebuah lubang gelap seperti gaung dalam yang teramat dalam. Lontaran oleh kedua para malaikat zabaniah itu  tepat melepasi dan melorongkan aku jatuh ke dalam lubang gelap yang teramat gelap. Aku masih terjerit jerit dari tadinya meminta tolong dengan sekuat hati, " Tolongggggg....tolongggggg....tolonggggg....tolong akuuuuu...." sambil kedua belah tanganku terkapai kapai di udara kosong yang gelap sementara menantikan diriku terjatuh di atas sesuatu. Tetapi stelah sekian lama diriku terjatuh aku masih juga terawang awang seperti jatuh dan sememangnya sedang jatuh, tapi tidak juga mencecah tanah. Sungguh terlalu dalam lubang nuraka..terlau dalam dan menyiksakan. Sehingga akhirnya diriku terjaga dari tidur yang paling menyiksakan di dalam sejarah diriku tidur selama belasan tahun.

Mimpi ini berlaku sewaktu diriku berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun yang lalu. Benar sabda Nabi Muhammad SAW, jika sekiranya sebiji batu dilontarkan ke dalam lubang nuraka nescaya ia akan jatuh ke dasarnya nanti selepas tujuh puluh tahun kemudiannya.

Monday, April 19, 2010

BAB (2) : PENGALAMAN ikhwan BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW.

Bismillahirrahmaanirrahiim, Alhamdulillaahirabbil aalamiin. Wassolaatu wassalamu alaa rasuulihil kariim, wa'alaa aalihii waashaabihii ajmai'in. Marilah kita bersama sama membacakan surah alfaatihah kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW, kepada para ahli keluarga, para sahabatnya, tabiin, dan pengikut para tabiin lahum biihsaanin ilaa yaumiddiin. Juga kepada para muslimin dan muslimat, khususnya kepada guru guru dan kedua ibu bapa kita yang telah kembali ke rahmatullah alaih. Syaiun lillah, lahum al-faatihah..A'uzubillahi minassyaitaanirrajiim,....amin.

Pada tahun 2004 tepat di dalam bulan ramadhan al-mubaarak, pada hari khamis malam jumaat jam 4.00 pagi pintu bilik saya diketuk bertalu talu dari luar. Saya terkejut dari tidur bukan tidur, jaga bukan jaga. Seluruh tubuh saya 'merinding' berdiri bulu roma mengenangkan mimpi yang baru saja berlalu akibat kejutan yang amat tidak disenghajakan. Ketukkan dari luar pintu oleh ibu mertua mengajak saya bersahur untuk puasa yang ke lima harinya menutup tirai mimpi  yang amat mengasyikkan memandang wajah Baginda Rasulullah SAW secara dekat dengan jarak perdirian Baginda SAW dengan diri rohaniah saya sekitar dua atau tiga kaki sahaja.

nantikan saat saat bahagianya memandang wajahnya saw yang amat mulia, kacak, cantik dan menawan..sehingga membuatkan hati saya terpaut rindu kasih yang tidak terhingga. Betapa saya menangisi diri saya yang jahil dan teramat banyak pikulan dosa lahir dan batin..ya Rasulallah ya Rasulallah ya Rasulallah..


Tuesday, April 13, 2010

BAB (4) - Mimpi Melihat Nabi Khidir Alaihi Salam Sekilas Pandang.

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.


MIMPI MELIHAT NABI KHIDIR Alaihi SALAM SEILAS PANDANG.


MIMPI MELIHAT NABI KHIDIR A.SALAM
Saya juga tidak pernah berniat dan memikirkan mengenai Nabi Khidir A.Salam. jauh sekali mahu berjumpa dengannya, untuk apa, tidak tersenarai nama itu dalam kamus ingatan saya selama ini. Ditakdirkan Allah SWT pada suatu malam saya berada tidak jauh dari masjid di kampong berjalan jalan di jalan raya sekitanya. Dengan tidak semena mena muncul kelibat bayangan putih dari arah kanan saya di atas jalan tar itu sekujur tubuh berpakaian jubah dan berserban putih lalu melintas di hadapan saya tanpa menoleh dan menegur sapa diri saya yang sedang memerhatikannya dari  jarak sejauh lima puluh atau enam puluh kaki.
Saya sebenarnya tidak mengenalinya sehinggalah saya diberitahu oleh seseorang yang sedang berada di sebelah kiri saya waktu itu dengan mengatakan bahawa itulah Nabi Khidir a.salam. Saya tergamam apabila suara orang yang berada di sebelah kiri saya itu meyebut nama Khidir a.s. Umpama tersebut nama orang yang sangat saya kenal dan sangat saya geruni.
Wallahu a’alam bagaimana pengertiannya berjumpa dengan Nabi Khidir a.s. dari jarak yang sangat jauh lalu tanpa menegur malah memandang pun tidak sudi. Melintas dengan langkah yang laju sehingga hilang dari pandangan, seolah olah member  beberapa isyarat dan maksud yang penting untuk saya perhatikan.
Pakaian berjubah dan berserban lebih membawa arti  sebagai suatu peringatan kepada yang memandang dan yang melihat diri orang itu sebagai gambaran diri kita yang sebenarnya. Pada waktu itu saya sebenarnya lebih suka berpakaian cara mat mat rock n roll dengan seluar jeans dan baju singlet hitam dan memakai tali pinggang yang bermacam ragam corak. Saya merasakan diri ini sebagai seorang budak samseng yang ditakuti oleh sebahagian orang orang yang memandang. Sesuai dengan bentuk badan saya seperti body builder masa itu selalu buat latihan jim.  Jadi penampilan seperti ini adalah kesukaan dan kegemaran saya semasa berumur belasan dahulu.
Dalam keadaan diri sendiri tidak terurus dengan baik tiba tiba saya pula bermimpi melihat Nabi Khidir a.salam, siapa yang nak percaya. Malah silap haribulan dituduhnya saya ni gila atau entah apa apa.  Jadi saya tidak berkeinginan untuk mengetahui apa maksudnya, kenapa dan mahu jadi apa saya ini. Maka terlupalah diri saya mengenainya sehinggalah pada usia 37 tahun yang lalu saya bertemu secara jaga manusia yang menjadi rakan karib Iskandar Dzulqarnain ( Elaxander The Great ) itu secara jaga di suatu tempat di  Sabak Bernam.
Maka peringatan serban dan jubah adalah menjadi peringatan kepada saya supaya saya kembali menghidupkan amalan sunnah berpakaian ala Rasulullah SAW serta mengamalkan syariat agama ini dengan sebenarnya. Bermulalah rasa ingin menundukkan hati yang kasar ini kepada hati yang sehalus halusnya, tetapi saya menghadapi masalah kepada siapa pula ingin mengadukan nasib diri. Kepada ayahanda sendiri, hati kurang menerima. Kepada siapa diri ini ingin dipersembahkan supaya dapat dikikis karat zulmahnya, dapat disiat siat noda dan dosanya, biar dibelah hati hitamnya agar tercuci kotoran maknawinya.
Maka memilihlah diri yang tercari cari sesuatu untuk belajar mengenal dan melihat tuhan , cinta , rindu dan kasih kepadanya melalui pengalaman bersama jemaah tabligh. Keluarlah saya bermujahadah 1 hari gas, taalim taalum, bayan dan bermacam macam nama serta istilah yang dipakai untuk menamakan setiap aktivitinya. Saya cuba pula keluar selama tiga hari, benar sperti dikata dapat juga ketenangan sehingga pernah sekali menitiskan air mata keinsafan , itu pun setelah kembali ke rumah. Hari berganti hari bulan berganti bulan saya mengikuti program motivasi diri ini, sampai ke tahap saya sendiri kehilangan keyakinan untuk terus bersama jemaah tabligh. Rasa zauq yang diperoleh bertahan hanya sehari dua, selepas itu embali gersang hati ini sekali lagi.
Saya ingin pula berjinak jinak dengan darul arqm yang dikatakan mempunyai semangat kerohanian tulin dan cukup menjinakkan. Ditakdirkan Allah, baru sahaja mula berjinak jinak ke markas mereka hati segera tidak dapat menerima keadaannya yang tertentu. Terpisah diri saya jauh dari jawabannya yang sebenar.
Akhirnya setelah puas mencari erti sehingga tersesat jalan merayau rayau saya kembali semula ke sarang lama saya. Pada suatu ketika saya tidur dengan nyenyak dan sangat lena dengan tiba tiba saya melihat dunia ini qiamah, kebangkitan seluruh nyawa kali ke dua. Bkan kiamat yang menghancurkan itu, tetapi saya bermimpi melihat hari kebangkitan semula dari dunia yang fana’ ini. Bacalah kisah seterusnya di dalam siri keempat, akan datang

BAB (3) : Mimpi Menadah Intan Permata Yang Sangat Banyak - tahun 1987.

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.


MIMPI MENERIMA SEPENUH DUA TAPAK TANGAN  INTAN BERLIAN BATU PERMATA.
Pada suatu ketika dalam tahun 1987 yang lalu, waktu itu saya baru menghadapi peperiksaan SPM, saya telah bermimpi pada suatu malam , melihat kedua belah tapak tangan ini menadah beratus ratus bahkan beribu intan mata dan berlian yang cantik berkilau sepenuh tadahan dua belah tapak tangan sehingga hampir terjatuh dari tangan jika tangan saya bergerak walau pun dengan sedikit gerakan. Menunjukkan bahawa intan berlian dan intan permata itu akan jatuh berderai sebahagiannya kerana terlalu banyak sehingga melimpah ruah.
Kenangan mimpi ini amat mengusik jiwa kerana saya tidak pernah berangan angan atau selalu memikirkan tentang berlian atau intan permata. Dalam keadaan saya tidak menyangka tiba tiba saya bermimpi mendapat sejumlah harta yang amat berharga itu berada di dalam genggaman, yang berarti dapat. Samada telah didapat atau akan mendapat pada suatu hari nanti.
Waktu itu ayahanda saya, Tuan Guru Kiyai Haji Maasom (Tanah Melayu)  Bin Kiyai Haji Abdul Shukur ( Mediyun ) Bin Kiyai Ageng Haji Ilham (Mediyun, sehingga sampai jalan nasab salasilahnya kepada salah seorang embah sunan agung itu ) masih hidup lagi lalu saya khabarkan peristiwa mimpi tersebut kepadanya dengan maksud ingin mendapatkan kepastian adakah mimpi itu benar atau mainan syaitan di dalam tidur. Ayahanda menjawab, “ Kuwe tunggu wae lah mbesok, bakale kuwe olehlah opo opo..’’. dalam bahasa jawa kasar bukan jawa halus yang ertinya, “ Kamu tunggulah akan tiba masanya nanti kamu akan dapat sesuatu..”. Saya masih kurang faham apa maksudnya yang sebenar dengan intan permata di dalam mimpi itu.
Saya sangat teringatkanya sehingga ke hari ini. Pada sangkaan saya mungkin saya akan dapat harta karun atau intan berlian yang banyak sehingga saya akan bergelar jutawan atau paling kurang menadi seorang yang kaya raya dengan harta kemewahan hidup ini.
Setelah perkara itu berlalu, tiba tiba pada tahun ini saya teringat kembali peristiwa mimpi yang menyeronokkan itu hampir  dua puluh tahun lalu. Hari ini saya baru dapat memahami walaupun mungkin tidak keseluruhannya tetapi  sebahagiannya, bahawa saya mendapat pelajaran hidup yang amat banyak termasuklah pengalaman pahit, manis, kelat, maung dan bermacam macam rasa yang menyakitkan dan terkadang memeritkan hati yang boleh dijadikan pengajaran buat pendoman hidup yang penuh dengan tipu daya syaitan durjana ini.
Intan berlian itu bukanlah bermaksud kemewahan harta benda dunia yang semakin banyak semakin menyesakkan dada, tetapi intan berlian itu bermaksud mendapat ilmu pengetahuan yang amat berharga hendaknya. Kebetulan jika saya tilik dan semak dengan sesungguh sungguhnya, hati saya kurang terpaut dengan duit dan emas atau intan permata waktu ini. Apa yang ada iaitu keinginan yang melonjak lonjak mengenali diri dan semangat yang berkobar kobar ingin mempelajari ilmu selok belok ketuhanan yang benar benar datang dari guru yang bukan mengaku tetapi menyembunyikan perkaranya.
Alhamdulillah, setelah melupakan mimpi itu hampir dua puluh tahun kemudian saya bertemu dengan intan permata yang saya sendiri maksudkan yaitu seorang guru pembimbing rohaniah diri yang amat bertepatan dengan citarasa dan kehendak serta isyarat isyarat yang telah saya ketahui sebelumnya. Walaupun begitu, saya masih tetap kurang mempercayainya sehinggalah pada suatu hari selang beberapa waktu saya bermimpi bertemu wajah yang amat dimuliakan Allah dan bersalam dengannya Nabi Ibrahim alaihis salam.
Sebelum bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s , saya direzekikan dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW yang sangat handsome, tampan , manis dan menawan hati melihat senyumannya, yang sungguh tidak disangka kerana merasakan diri teramat amatlah banyak salah dan silapnya, ditambah lagi dosa yang bertimbun timbun banyaknya, tidak layak diri yang berbau darah hanyir ini untuk mengadap wajah baginda yang amat mulia.
Setelah itu berturutan mimpi mimpi yang menguatkan siapakah manusia itu yang sebenarnya  dan yang menjelaskan berbagai bagai perkara yang sememangnya banyak menimbulkan keraguan di dalam hati yang sangat memerlukan penjelasan.
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala yang telah mengirimkan para ahlinya menyampaikan maksud dan keinginan hati yang amat dahagakan rahmat kasih serta pengampunan daripada tuhannya.
Tidak ada harta dan kemewahan yang paling berharga di dunia ini melainkan bertemu dengan segala isyarat pertunjuk dari Allah SWT yang menunjukkan diri kita kepada seorang manusia yang bergelar guru murabbi.
Guru murabbi atau guru yang dapat membimbing nafsu nafsu manusia sukar untuk dipertemukan tetapi manusia manusia seperti ini tetap aka nada silih berganti waktu demi waktu. Mereka tidak dikenal manusia tetapi terkenal di langit tinggi. Mereka amat dikagumi dan disegani dikalangan makhluk di alam ghaib yang rendah seperti jin dan bunian. Manusia seperti ini sentiasa bertebaran diserata pelusuk dunia, hanya kita sahaja yang bertuah atau tidaknya dapat bertemu dengannya.
Penulis tidak berniat mengunggul unggulkan murabbi penulis semata mata, kerana tiada apa pun faedahnya, melebihi guru guru yang lain dan penulis telah bersedia dan bersumpah tidak akan membukakan rahsia mengenai dirinya selama masih ada hayat dikandung badan. Kecuali orang orang yang telah dibukakan mata hatinya melihat dan menyaksikan kebenaran serta pengakuan lahir dan batin bahawa orang yang dikatakan sesat itu belum tentu sesat. Orang yang dikatakan benar dan betul itu pula belum tentu dikatakan selamat dari sakarat dan azab siksa kubur dan kegelapannya. Orang yang bersangka sangka diri dan gurunya sahaja yang benar pula, hendaklah berhati hati,belum tentu diterima Allah swt. 
PENGAJARAN PENTING.
Maka hendaklah sentiasa diri kita sebagai hamba dan sebagai murid  mengakui dan merasakan kelemahan,kekurangan dan kerendahan diri serendah rendahnya untuk meraih kedudukan yang tinggi di sisi tuhannya. Bersangkalah dengan sangka yang membawa kepada perasaan jahil lagi dhaif, inshaallah pertolongan, taufiq dan hidayahnya akan mengiringi kita. Mudah mudahan dengan jalan bersungguh sungguh mengekang dan menahan diri dari menuruti hawa nafsu ammaratun bissu’..illa man rahima rabbi..’’ Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa menuntun diri melakukan perkara yang nakal dan jahat zahir dan batin, melainkan diri diri yang mendapat limpahan rahmat kasih daripada Rabbinya.