Tuesday, April 13, 2010

BAB (4) - Mimpi Melihat Nabi Khidir Alaihi Salam Sekilas Pandang.

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.


MIMPI MELIHAT NABI KHIDIR Alaihi SALAM SEILAS PANDANG.


MIMPI MELIHAT NABI KHIDIR A.SALAM
Saya juga tidak pernah berniat dan memikirkan mengenai Nabi Khidir A.Salam. jauh sekali mahu berjumpa dengannya, untuk apa, tidak tersenarai nama itu dalam kamus ingatan saya selama ini. Ditakdirkan Allah SWT pada suatu malam saya berada tidak jauh dari masjid di kampong berjalan jalan di jalan raya sekitanya. Dengan tidak semena mena muncul kelibat bayangan putih dari arah kanan saya di atas jalan tar itu sekujur tubuh berpakaian jubah dan berserban putih lalu melintas di hadapan saya tanpa menoleh dan menegur sapa diri saya yang sedang memerhatikannya dari  jarak sejauh lima puluh atau enam puluh kaki.
Saya sebenarnya tidak mengenalinya sehinggalah saya diberitahu oleh seseorang yang sedang berada di sebelah kiri saya waktu itu dengan mengatakan bahawa itulah Nabi Khidir a.salam. Saya tergamam apabila suara orang yang berada di sebelah kiri saya itu meyebut nama Khidir a.s. Umpama tersebut nama orang yang sangat saya kenal dan sangat saya geruni.
Wallahu a’alam bagaimana pengertiannya berjumpa dengan Nabi Khidir a.s. dari jarak yang sangat jauh lalu tanpa menegur malah memandang pun tidak sudi. Melintas dengan langkah yang laju sehingga hilang dari pandangan, seolah olah member  beberapa isyarat dan maksud yang penting untuk saya perhatikan.
Pakaian berjubah dan berserban lebih membawa arti  sebagai suatu peringatan kepada yang memandang dan yang melihat diri orang itu sebagai gambaran diri kita yang sebenarnya. Pada waktu itu saya sebenarnya lebih suka berpakaian cara mat mat rock n roll dengan seluar jeans dan baju singlet hitam dan memakai tali pinggang yang bermacam ragam corak. Saya merasakan diri ini sebagai seorang budak samseng yang ditakuti oleh sebahagian orang orang yang memandang. Sesuai dengan bentuk badan saya seperti body builder masa itu selalu buat latihan jim.  Jadi penampilan seperti ini adalah kesukaan dan kegemaran saya semasa berumur belasan dahulu.
Dalam keadaan diri sendiri tidak terurus dengan baik tiba tiba saya pula bermimpi melihat Nabi Khidir a.salam, siapa yang nak percaya. Malah silap haribulan dituduhnya saya ni gila atau entah apa apa.  Jadi saya tidak berkeinginan untuk mengetahui apa maksudnya, kenapa dan mahu jadi apa saya ini. Maka terlupalah diri saya mengenainya sehinggalah pada usia 37 tahun yang lalu saya bertemu secara jaga manusia yang menjadi rakan karib Iskandar Dzulqarnain ( Elaxander The Great ) itu secara jaga di suatu tempat di  Sabak Bernam.
Maka peringatan serban dan jubah adalah menjadi peringatan kepada saya supaya saya kembali menghidupkan amalan sunnah berpakaian ala Rasulullah SAW serta mengamalkan syariat agama ini dengan sebenarnya. Bermulalah rasa ingin menundukkan hati yang kasar ini kepada hati yang sehalus halusnya, tetapi saya menghadapi masalah kepada siapa pula ingin mengadukan nasib diri. Kepada ayahanda sendiri, hati kurang menerima. Kepada siapa diri ini ingin dipersembahkan supaya dapat dikikis karat zulmahnya, dapat disiat siat noda dan dosanya, biar dibelah hati hitamnya agar tercuci kotoran maknawinya.
Maka memilihlah diri yang tercari cari sesuatu untuk belajar mengenal dan melihat tuhan , cinta , rindu dan kasih kepadanya melalui pengalaman bersama jemaah tabligh. Keluarlah saya bermujahadah 1 hari gas, taalim taalum, bayan dan bermacam macam nama serta istilah yang dipakai untuk menamakan setiap aktivitinya. Saya cuba pula keluar selama tiga hari, benar sperti dikata dapat juga ketenangan sehingga pernah sekali menitiskan air mata keinsafan , itu pun setelah kembali ke rumah. Hari berganti hari bulan berganti bulan saya mengikuti program motivasi diri ini, sampai ke tahap saya sendiri kehilangan keyakinan untuk terus bersama jemaah tabligh. Rasa zauq yang diperoleh bertahan hanya sehari dua, selepas itu embali gersang hati ini sekali lagi.
Saya ingin pula berjinak jinak dengan darul arqm yang dikatakan mempunyai semangat kerohanian tulin dan cukup menjinakkan. Ditakdirkan Allah, baru sahaja mula berjinak jinak ke markas mereka hati segera tidak dapat menerima keadaannya yang tertentu. Terpisah diri saya jauh dari jawabannya yang sebenar.
Akhirnya setelah puas mencari erti sehingga tersesat jalan merayau rayau saya kembali semula ke sarang lama saya. Pada suatu ketika saya tidur dengan nyenyak dan sangat lena dengan tiba tiba saya melihat dunia ini qiamah, kebangkitan seluruh nyawa kali ke dua. Bkan kiamat yang menghancurkan itu, tetapi saya bermimpi melihat hari kebangkitan semula dari dunia yang fana’ ini. Bacalah kisah seterusnya di dalam siri keempat, akan datang

No comments:

Post a Comment