Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.
MIMPI MENERIMA SEPENUH DUA TAPAK TANGAN INTAN BERLIAN BATU PERMATA.
Pada suatu ketika dalam tahun 1987 yang lalu, waktu itu saya baru menghadapi peperiksaan SPM, saya telah bermimpi pada suatu malam , melihat kedua belah tapak tangan ini menadah beratus ratus bahkan beribu intan mata dan berlian yang cantik berkilau sepenuh tadahan dua belah tapak tangan sehingga hampir terjatuh dari tangan jika tangan saya bergerak walau pun dengan sedikit gerakan. Menunjukkan bahawa intan berlian dan intan permata itu akan jatuh berderai sebahagiannya kerana terlalu banyak sehingga melimpah ruah.
Kenangan mimpi ini amat mengusik jiwa kerana saya tidak pernah berangan angan atau selalu memikirkan tentang berlian atau intan permata. Dalam keadaan saya tidak menyangka tiba tiba saya bermimpi mendapat sejumlah harta yang amat berharga itu berada di dalam genggaman, yang berarti dapat. Samada telah didapat atau akan mendapat pada suatu hari nanti.
Waktu itu ayahanda saya, Tuan Guru Kiyai Haji Maasom (Tanah Melayu) Bin Kiyai Haji Abdul Shukur ( Mediyun ) Bin Kiyai Ageng Haji Ilham (Mediyun, sehingga sampai jalan nasab salasilahnya kepada salah seorang embah sunan agung itu ) masih hidup lagi lalu saya khabarkan peristiwa mimpi tersebut kepadanya dengan maksud ingin mendapatkan kepastian adakah mimpi itu benar atau mainan syaitan di dalam tidur. Ayahanda menjawab, “ Kuwe tunggu wae lah mbesok, bakale kuwe olehlah opo opo..’’. dalam bahasa jawa kasar bukan jawa halus yang ertinya, “ Kamu tunggulah akan tiba masanya nanti kamu akan dapat sesuatu..”. Saya masih kurang faham apa maksudnya yang sebenar dengan intan permata di dalam mimpi itu.
Saya sangat teringatkanya sehingga ke hari ini. Pada sangkaan saya mungkin saya akan dapat harta karun atau intan berlian yang banyak sehingga saya akan bergelar jutawan atau paling kurang menadi seorang yang kaya raya dengan harta kemewahan hidup ini.
Setelah perkara itu berlalu, tiba tiba pada tahun ini saya teringat kembali peristiwa mimpi yang menyeronokkan itu hampir dua puluh tahun lalu. Hari ini saya baru dapat memahami walaupun mungkin tidak keseluruhannya tetapi sebahagiannya, bahawa saya mendapat pelajaran hidup yang amat banyak termasuklah pengalaman pahit, manis, kelat, maung dan bermacam macam rasa yang menyakitkan dan terkadang memeritkan hati yang boleh dijadikan pengajaran buat pendoman hidup yang penuh dengan tipu daya syaitan durjana ini.
Intan berlian itu bukanlah bermaksud kemewahan harta benda dunia yang semakin banyak semakin menyesakkan dada, tetapi intan berlian itu bermaksud mendapat ilmu pengetahuan yang amat berharga hendaknya. Kebetulan jika saya tilik dan semak dengan sesungguh sungguhnya, hati saya kurang terpaut dengan duit dan emas atau intan permata waktu ini. Apa yang ada iaitu keinginan yang melonjak lonjak mengenali diri dan semangat yang berkobar kobar ingin mempelajari ilmu selok belok ketuhanan yang benar benar datang dari guru yang bukan mengaku tetapi menyembunyikan perkaranya.
Alhamdulillah, setelah melupakan mimpi itu hampir dua puluh tahun kemudian saya bertemu dengan intan permata yang saya sendiri maksudkan yaitu seorang guru pembimbing rohaniah diri yang amat bertepatan dengan citarasa dan kehendak serta isyarat isyarat yang telah saya ketahui sebelumnya. Walaupun begitu, saya masih tetap kurang mempercayainya sehinggalah pada suatu hari selang beberapa waktu saya bermimpi bertemu wajah yang amat dimuliakan Allah dan bersalam dengannya Nabi Ibrahim alaihis salam.
Sebelum bermimpi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s , saya direzekikan dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW yang sangat handsome, tampan , manis dan menawan hati melihat senyumannya, yang sungguh tidak disangka kerana merasakan diri teramat amatlah banyak salah dan silapnya, ditambah lagi dosa yang bertimbun timbun banyaknya, tidak layak diri yang berbau darah hanyir ini untuk mengadap wajah baginda yang amat mulia.
Setelah itu berturutan mimpi mimpi yang menguatkan siapakah manusia itu yang sebenarnya dan yang menjelaskan berbagai bagai perkara yang sememangnya banyak menimbulkan keraguan di dalam hati yang sangat memerlukan penjelasan.
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala yang telah mengirimkan para ahlinya menyampaikan maksud dan keinginan hati yang amat dahagakan rahmat kasih serta pengampunan daripada tuhannya.
Tidak ada harta dan kemewahan yang paling berharga di dunia ini melainkan bertemu dengan segala isyarat pertunjuk dari Allah SWT yang menunjukkan diri kita kepada seorang manusia yang bergelar guru murabbi.
Guru murabbi atau guru yang dapat membimbing nafsu nafsu manusia sukar untuk dipertemukan tetapi manusia manusia seperti ini tetap aka nada silih berganti waktu demi waktu. Mereka tidak dikenal manusia tetapi terkenal di langit tinggi. Mereka amat dikagumi dan disegani dikalangan makhluk di alam ghaib yang rendah seperti jin dan bunian. Manusia seperti ini sentiasa bertebaran diserata pelusuk dunia, hanya kita sahaja yang bertuah atau tidaknya dapat bertemu dengannya.
Penulis tidak berniat mengunggul unggulkan murabbi penulis semata mata, kerana tiada apa pun faedahnya, melebihi guru guru yang lain dan penulis telah bersedia dan bersumpah tidak akan membukakan rahsia mengenai dirinya selama masih ada hayat dikandung badan. Kecuali orang orang yang telah dibukakan mata hatinya melihat dan menyaksikan kebenaran serta pengakuan lahir dan batin bahawa orang yang dikatakan sesat itu belum tentu sesat. Orang yang dikatakan benar dan betul itu pula belum tentu dikatakan selamat dari sakarat dan azab siksa kubur dan kegelapannya. Orang yang bersangka sangka diri dan gurunya sahaja yang benar pula, hendaklah berhati hati,belum tentu diterima Allah swt.
PENGAJARAN PENTING.
Maka hendaklah sentiasa diri kita sebagai hamba dan sebagai murid mengakui dan merasakan kelemahan,kekurangan dan kerendahan diri serendah rendahnya untuk meraih kedudukan yang tinggi di sisi tuhannya. Bersangkalah dengan sangka yang membawa kepada perasaan jahil lagi dhaif, inshaallah pertolongan, taufiq dan hidayahnya akan mengiringi kita. Mudah mudahan dengan jalan bersungguh sungguh mengekang dan menahan diri dari menuruti hawa nafsu ammaratun bissu’..illa man rahima rabbi..’’ Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa menuntun diri melakukan perkara yang nakal dan jahat zahir dan batin, melainkan diri diri yang mendapat limpahan rahmat kasih daripada Rabbinya.
Sheikh bahauddin dp nya
ReplyDelete