Thursday, May 27, 2010

BAB (6) : MIMPI BERTEMU NABI IBRAHIM ALAIHI SALAM

Terpulanglah kepada penilaian individu masing masing atas peristiwa mimpi mimpi yang akan dipaparkan di sini. Masing masing mempunyai akal fikiran yang cukup dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apa yang kami sajikan ini hanyalah sekadar mengenangkan kembali kisah kisah mimpi yang benar untuk tatapan para peminatnya yang tersendiri.

SELEPAS DAKU BERTEMU SULTAN ARIF BILLAH

Dengan kehendak dari Allah kepada diriku yang sayugia aku kenali yang teramat banyak salah dan dosanya ini sekali lagi diriku dihadapkan dengan suatu peristiwa mimpi yang tidak mungkin akan dapat dilupakan sepanjang hayat apabila diriku itu diwa bertemu dan mengadap baginda nabi Ibrahim a.s di suatu tempat yang amat jauh dan terasing.

Seolah olah diriku bertemankan seseorang diri di sebelah kiriku terbang tinggi dilangit biru, menuju ke suatu arah yang diriku itu tidak pasti. Kemana perginya kami,tiada terfikir untuk siapa dan tiada terfikir pun sebelum tidur untuk bertemu dengan sesiapa. Tetapi siang kelmarin diriku ini telah bertemu dengan sulthan auliya , sulthan arif billah di suatu tempat secara jaga. Beliau telah mengajarkan diriku ini suatu jalan mengenal diri pada mula ingin berjalan dan memohon keampunan kepada Allah swt. Jalan berbaiah para salik yang mengundurkan diri dari ingin jatuh hati kepada dunia dan isinya. Walaupun mungkin tidak dapat sekaligus, bahkan diriku dapat mula memisahkan diri dari kesibukan hidup dunia yang penuh pancaroba.

Sehingga aku sampai disuatu tempat yang tidak pernah aku kenal sampai saat ini. Diriku itu berdiri bersama diri yang seorang lagi berhadap seseorang yang memakai jubah kekuning kuningan, bukan kuning mungkin putih kekuningan pun juga bukan, mungkin berwarna coklat cerah kekuningan. Orang yang tingginya lebih sekaki lagi pada pandanganku itu lalu perlahan lahan membongkokkan dirinya. Beliau berserban kemas dan berwibawa kelihatannya. Masih lagi aku terpinga pinga tidak mengenalinya sehingga akhirnya diriku itu diberitahu bahawa itulah Nabi Ibrahim A.salam.

Aku melihat diriku itu menghulurkan salam kepadanya dengan kedua belah tanganku, begitu juga dirinya menghulurkan kedua belah tangannya kepadaku dan memandangku dengan manis muka mudah mudahan. Tidak dapat diriku inimengecam wajahnya akibat terlalu kotornya hati ini. Hanya baru beberapa hari diriku ini menerima jalan menyucikan diri , membawa diri bersuluk dan bermujahadah melaw3an segala keinginan hawa nafsu sehinggalah terbuka apa apa yang disebut pembukaan pertama buat diri yang penuh dosa.

Perjalananku masih teramat jauh untuk mendaki langit ke tujuh yang penuh dengan rasa yang berbagai macam rasa sehingga hampir berkali aku kecewa ingin lari meninggalkan guru. Mujurlah aku ini dipelihara batinku oleh hubungan kerohanian guru yang sentiasa menyampaikan berita dan pesanan pada setiap kali aku tersalah dan terkhilaf, hanya ituy yang membantu diriku ini dari kejauhan yang sangat jauh. Semuga Allah merahmati pemergiannya. Diriku berkali kali mencuba menuliskan mimpi bertemu dengan embah Ibrahim a.s ini semasa guruku masih ada tetapi ternyata gagal, rupa rupanya baginda telah banyak kali meninggalkan pesan yang tidak disangka bahawa baginda akan kembali ke sisi kekasih yang amat dirinduinya, barulah diriku ini dapat menyambung tulisan ini. Inilah kisah pertemuan yang membawa rasa bangkit dari tidur untuk terus berjuang melawan hawa nafsu syaitan yang mendinding dan menghijab diri dari musyahadah kebesaran ilahi selama ini.

Ya Allah ya tuhanku, aku ini menggunakan kalimat guru ketika baginda menyampaikannya kepadaku, " Terpulang kepada kamu wahai anakku, bahawa aku tidak menyuruh atau menggalakkan sekali aku tidak akan melarang apa yang bai kau fikirkan lalu kau lemparkan" Wamaa ramaita iz ramaita walaakinnallaha rama."

No comments:

Post a Comment